Tentang ACWP

 

ACWP atau dikenali sebagai Program Penulisan Kreatif Asia merupakan satu inisiatif bersama antara Majlis Seni Kebangsaan Singapura (NAC) dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Program Penulisan Kreatif Asia dibangunkan daripada program Writing in Residency yang memperkasakan dan memperluaskan pengarang di seluruh Singapura yang mengaplikasikan bahasa rasmi Singapura iaitu; bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Tamil.

 Seperti yang terdapat pada laman web ACWP, matlamat program tersebut adalah untuk memberikan asas yang kukuh kepada penulis dan penterjemah dalam laluan kerjaya mereka. ACWP juga bertujuan untuk menyokong himpunan bakat sastera di Singapura dengan melaksanakan program pembangunan untuk meningkatkan hasil penulisan dan nilai karya kreatif para pengarang. Serta menggalakkan persilangan dan apresiasi antara budaya dengan pengarang dan perterjemah dalam 4 bahasa tersebut.

Melalui pembacaan saya, program ini  membawa Penulis Pelawat (Visiting Writers) dan penterjemah yang boleh dikategorikan sebagai pakar dalam bidang masing-masing untuk mengajar Penulisan Kreatif di Singapura. Bimbingan dan perundingan daripada mentor turut dijalakan. 

Saya merasakan bahawa program ini amat bagus kerana secara tidak langsung para pengarang baru yang tiada bakat dalam penulisan atau menghadapi ketandusan idea dan sebagainya boleh memperoleh tunjuk ajar daripada guru-guru yang ahli dalam bidang Penulisan Kreatif. Seterusnya, galakan dan sokongan diberi bagi penghasilan karya kreatif. Jika diberi kesempatan, saya juga ingin menghadiri kursus atau bengkel bagi mendalami ilmu Penulisan Kreatif.

Comments

Popular posts from this blog

Jalinan Budi