Jalinan Budi
Pelbagai perihal yang dikupas oleh Dr. Mawar melalui seminar ini. Salah satunya ialah Dr. Mawar mengetengahkan tentang Dampak Struktur & Mauduk dalam Cerpen Melayu Mutakhir Malaysia. Cerpen yang bagus adalah cerpen yang berkaitan dengan intertekstual, perlambangan, terdapat pengaruh sastera dunia, tentang alam sekitar, agama Islam, politik, kemanusiaan, eksperimental dan sebagainya. 'Cerita tanpa ilmu itu satu yang hampir sia-sia', kata Dr. Mawar.
Dr. Mawar juga ada berkongsi berdasarkan kerangka Puitika Sastera Melayu yang dikarang oleh Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, beliau mengemukakan 6 ciri keindahan yang perlu ada dalam karya kesusasteraan Melayu yang dihasilkan. Antaranya ialah dunia luas yang dipadatkan, mainan kiasan, dunia berjodoh, muzik seiring kata, sesuai dan patut, serta sama ukuran. Elemen-elemen yang diajukan tersebut berperanan dalam menghargai atau mempertingkatkan karya kesusasteraan Melayu.
Pesanan yang ditegaskan pada pengakhiran seminar ini yang saya rasakan perlu ada pada jiwa seorang pengarang ialah penulis sebagai penghasil masyarakat penulisan, menulis dengan kebenaran, menyinggul dengan kebijaksanaan, pengkaryaan menghidupkan kemanusiaan.
Comments
Post a Comment