Intertekstual

 


Salam anak senja πŸ™Œ

Saya ada sebut tentang intertekstual dalam entri lalu, ia merupakan salah satu tema cerpen yang bagus yang patut diangkat dalam karya-karya pengarang. Intertekstual atau nama lainnya ialah Dialogika ini diperkenalkan oleh Mikhail Bakhtin pada tahun 1926 dalam buku beliau; The Dialogic Imagination. Beliau berpendapat bahawa semua karya sastera terhasil adalah berdasarkan dialog antara teks dengan teks-teks yang lain. Ini bermaksud, setiap teks yang terlibat terdapat perkaitan dengan teks lain. 

Sebagai info tambahan, intertekstual terdiri daripada 10 prinsip; parallel, modifikasi, demitefikasi, eksistensi, transformasi, haplologi, ekserp, ekspansi, konversi, dan defamiliarisasi. 

Pernah tengok filem 'Tenggelamnya Kapal Van der Wijck'? Yang ada aktor bernama Reza Rahadian itu, ha yang itulah. Nak tahu tidak yang filem ini adalah berdasarkan karya agung HAMKA. Yang juga merupakan seorang tokoh falsafah dan penulis terkemuka Indonesia. (Pengarang kegemaran saya juga beliau ini hehe🌷). 

Apa yang boleh dikaitkan, intertekstual ini adalah satu proses pengembangan atau perluasan teks sumber kepada teks baharu. Contohnya, daripada penulisan novel kepada filem yang berdurasi selama 3 jam. Bagi tujuan memberikan pemahaman yang lebih mendalam bagi sesiapa yang ingin mengerti karya seseorang penulis tersebut. Ada banyak lagi contoh yang kita boleh lihat. Persis novel Surga yang Tak Dirindukan kepada filem dan sebagainya.

Menarik kan bila adanya terma seperti ini. Kita boleh kaji kenapa ia wujud seperti itu seperti ini. Lagi menarik perhatian saya untuk lebih memahami ilmu kesusasteraan dan kaitkan dengan kehidupan seharian. 



Comments

Popular posts from this blog

Jalinan Budi